Shari'ah Legal Clinic

Shari'ah Legal Clinic is established to provide legal counseling to the local communities in matters relating to Islamic laws. It also provides professional consultancy services to organisations and institutions.

Objektif
  • Menyediakan khidmat kaunseling serta menjadi tempat rujukan kepada masyarakat di dalam perkara yang melibatkan undang-undang Islam di Malaysia.

  • Menolong mempertingkatkan kemahiran amali di kalangan tenaga pengajar terutamanya dalam mentafsirkan peruntukan undang-undang yang telah sedia ada supaya undang-undang tersebut dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.

  • Menyediakan ruang penyelidikan kepada tenaga pengajar dan sesiapa yang berminat untuk memperluaskan lagi khazanah undang-undang Islam di Malaysia.

  • Menyediakan latihan kaunseling kepada pelajar-pelajar dari jurusan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

  • Menyediakan khidmat rundingcara profesional dari aspek hukum-hakam dan nasihat kepada badan-badan tertentu dan masyarakat yang memerlukannya.

  • Khidmat yang ditawarkan :

    Khidmat Rundingan - Ia menyediakan khidmat rundingan hukam Syara' yang melibatkan badan-badang tertentu, masyarakat atau institusi.

    Khidmat Kaunseling - Ia merupakan khidmat kaunseling kepada individu atau kumpulan yang menghadapi masalah berkaitan hukum Syara'.

    Skop Perkhidmatan Klink :

    Buat masa ini, klinik ini hanya membuka khidmat kaunseling kepada masyarakat yang tinggal di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Perkembangan terkini :

    Klinik ini dengan rasminya dilancarkan pada 22hb Julai 2000. Dari hari ia dilancarkan sehingga kini, pihak klinik telah mendapat respons yang baik daripada masyarakat. Persoalan-persoalan yang dirujuk kepada klinik adalah berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam seperti penceraian, tuntutan nafkah dan lain-lain persoalan mengenai harta pusaka dan perwarisan serta prosedur membuat tuntutan di Mahkamah Syariah.

    Perkhidmatan Pelanggan :

    Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan, bolehlah menghubungi panel klinik di talian 03 61964200/4252 untuk temujanji dan juga pertanyaan. Talian dibuka pada hari Isnin hingga Khamis.